ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

11:35pm 16/04/2025
Font
Kenyataan Sin Chew Daily

Sin Chew Daily dengan sepenuh hati menerima titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenaan kekhilafan yang berlaku pada ilustrasi Jalur Gemilang yang dicetak pada muka hadapan akhbar kami baru-baru ini. Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pihak media seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Pihak kami telah melakukan siasatan dalaman terhadap isu tersebut dan staf yang bertanggungjawab atas kekhilafan tersebut akan dikenakan tindakan disiplin.

Jabatan Pengarang Sin Chew Daily juga telah mengambil langkah memperketatkan lagi proses saringan kandungan terutama sekali dalam pengaplikasian kecerdasan buatan (AI).

Pihak kami komited dalam langkah pembaikan yang menuntut kami menjadi lebih peka dan lebih berhati-hati dalam menguruskan perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat maruah negara dan hubungan kaum.

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Read More

ADVERTISEMENT