ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

1:02pm 30/11/2022
Font
Kempen #KitaKawan terima sambutan baik daripada pelbagai kaum: Jauhi perasaan kebencian dalam masyarakat dinamik
By:Lee Jia Hui / Sin Chew Daily
Pereira berkata: “Saya tak tahu mereka. Saya jumpa mereka ketika mendaki Gunung Broga. Mereka tanya saya dan kami mula bercakap. Akhir sekali kami ambil gambar 1Malaysia.

“Kita bukan musuh, kita kawan! #KitaKawan!”

Ramai yang bimbang dengan sentimen perkauman yang dicetuskan dalam media sosial semasa pilihanraya umum dan juga selepas PRU apabila situasi parlimen tergantung berlaku. Pelbagai puak menyebarkan video berunsur fitnah dalam media sosial dengan kadar tontonan dan siaran semula (share) yang tinggi. Video yang disebarkan memapar kandungan sensasi dan banyak juga berita palsu. Ramai yang merasa amat gusar: apa yang sedang berlaku kepada masyarakat kita?

Bagi menyangkal dan membetulkan fenomena negatif ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama melancarkan kempen #KitaKawan, menyeru semua lapisan masyarakat berkongsi lebih banyak kisah-kisah yang berkapksi kepada nilai saling berhormat dan menghargai masyarakat yang dinamik. Usaha ini secara tidak langsung telah mencetuskan satu trend baru di media sosial di mana makin ramai mula berkongsi dan mengimbas balik gambar-gambar lama mereka yang merakam detik mereka harmoni bersama sahabat-sahabat dari pelbagai latar belakang kaum.

Ada orang menggunakan hashtag #kitakawan bagi mengingat semua jangan lupa kawan-kawan daripada golongan pekerja asing, kerana merekalah yang menghidangkan roti canai, nasi lemak dan teh tarik kepada kita semua setiap pagi!

Kenyataan berbau perkauman berleluasa semasa pilihan raya. Bagi menyangkal dan menangani persepsi negatif, Pergerakan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan kempen label media sosial #KitaKawan, #SebarkanSalam, #Tolakbencian, #SayangiMalaysiaku sejak 22 November lalu, sebagai peringatan kepada orang ramai bahawa mereka mesti mempertahankan keharmonian yang telah lama dinikmati bersama.

Naib Pengerusi ABIM Zairudin Hashim, salah seorang pengasas #KitaKawan.

Salah seorang pengasas #KitaKawan, Naib Pengerusi ABIM Zairudin Hashim dalam wawancara dengan Sin Chew Daily berkata sepanjang tempoh pilihanraya umum, beliau memerhatikan kenyataan perkauman semakin berleluasa terutama di platform media sosial seperti TikTok.

Platfom tersebut penuh dengan kandungan berbaur diskriminasi kaum dan berfikiran sempit, ada juga beberapa orang berbangsa Cina yang mengeluarkan kenyataan bahawa “Islam akan mengubah negara menjadi Taliban”, dan wujud juga sebahagian umat Islam percaya bahawa jika orang Cina mendapat kuasa, negara kita akan menjadi negara Komunis.

“Bagi kami ini semua benda karut, walaupun perdana menteri sudah diumumkan, masih ada yang menyebarkan kenyataan yang menyebarkan kebencian.”

Farhana Azizan berkongsi gamabar anak yang berumur 6 tahun dengan rakan baik dia budak India. Mereka tidak tahu antara mereka seorang ialah Melayu dan satu lagi India. Tiap-tiap hari mereka bersama menyanyi Negaraku, menyambut perayaan dan belajar budaya bangsa lain.

ABIM menyeru supaya mesej perpaduan disebarkan

ABIM menegaskan dalam kenyataannya bahawa Islam dan agama lain di dunia tidak pernah menghasut penganutnya untuk menyemai kebencian antara satu sama lain, sebaliknya rasa benci terhadap kumpulan berbeza berpunca daripada minda tertutup terhadap nilai majmuk dan kepelbagaian.

“ABIM menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, agama atau ideologi politik, untuk bersama-sama memuat naik gambar atau video berunsur perpaduan kaum di media sosial masing-masing dengan hashtag seperti yang disertakan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyebar kandungan yang berpaksikan kepada nilai penyayang dan menjauhi kebencian.”

Nadiazizul berkata cara menyelesaikan perkauman ialah berkawan dengan bangsa lain. Masyarakat dinamik Malaysia harus dinilai sebagai harta dan bukan tanggungan.

Perpaduan dipupuk sejak kecil

Zairudin berkata, hubungan ABIM dengan pertubuhan sosial dan kumpulan Islam rapat sepanjang masa. Mere telah bekerjasama dengan jabatan kerajaan dan polis untuk mempromosikan beberapa program menggalakkan perpaduan rakyat di seluruh negara. Mereka yakin bahawa usaha untuk menggalakkan perpaduan rakyat mesti bermula dari generasi muda, maka perlulah mereka menjaga hubungan baik dengan anak-anak dan pelajar di kampus.

“Sebilangan besar pencipta kandungan (menghasut) ini sebenarnya adalah golongan muda, kebanyakannya pengundi kali pertama. Saya rasa mereka tidak sepatutnya membuat keputusan tanpa mengetahuinya, seperti peristiwa 13 Mei. Adakah mereka benar-benar memahami keseluruhannya? Kita perlu menyangkal dakwaan palsu ini dan memberi tumpuan kepada isu perpaduan sosial dan kewujudan bersama secara aman,” kata Zairudin.

Beliau mengakui merasa suasana negatif sepanjang kempen pilihanraya dengan penggunaan isu kaum dan agama oleh parti politik untuk menarik undi. Walaupun rasa kecewa, beliau lebih berazam bahawa rakyat Malaysia bertanggungjawab menyankal ucapan yang memarakkan perasaan kebencian.

“Kami tidak cuba melawan mana-mana pihak. Kami cuba menangkisnya dengan menumpukan perhatian terhadap elemen dinamik dalam masyarakat untuk menyangkal kebencian, jadi wujudlah gerakan #KitaKawan.”

Netizen Jagdesh melampirkan gambar pasukan bola sepak.
“Ini gambar yang saya sangat bangga. Sudah lebih 10 tahun, pemain bola sepak di pasukan ini terdiri daripada kaum bapa di Subang Jaya. Warga Malaysia berbilang kaum dalam satu pasukan, tiada sebarang masalah.”

Beliau berkata kebanyakan video yang berbau kebencian atau menghasut itu dibuat oleh golongan muda, tetapi penyebarnya meliputi semua peringkat umur, termasuk memuat turun video dan menyiarkan semula serta merta melalui WhatsApp.

Zairudin kagum dengan respon daripada netizen Malaysia terhadap Kempen #KitaKawan. Ia juga membuktikan kebencian bukanlah perkara biasa. Hakikat sebenarnya perpaduan antara semua kaum telahpun menjadi sebahagian kehidupan.

“Kami telah menganjurkan banyak acara tetapi tiada satu pun yang menjadi viral sedemikian. Jadi saya benar-benar tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu hebat kali ini. Artis dan celebriti Internet turut berkongsi mesej yang sama dan #KitaKawan lagi dihebohkan. Saya amat bersyukur.”

Beliau berkata bahawa #KitaKawan milik rakyat Malaysia dan ia juga bergema dengan orang ramai. Pesanan yang paling penting ialah ramai rakyat Malaysia menyokong penyangkalan ucapan yang melibatkan kebencian kaum, saling membantu, solidariti, anti rasuah, dan lain-lain lagi.

Saya bukan #kitakawan tetapi #kitakahwin. Sharyn Shufiyan kata Malaysia tiada ruang untuk extremis. “Saya bukan sahaja #kitakawan tapi #kitakahwin terus! Ramai rakyat Malaysia bercampur aduk, masyarakat pelbagai etnik dan ini yang membuatkan kami unik. Cari lah kawan pelbagai kaum dan fahami lah pandangan masing-masing. Tiada tempat untuk ekstremisme di Malaysia.”

Parti pembangkang yang kuat diperlukan untuk mengimbangi kerajaan

Dengan perlantaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau telah mengumumkan pmbentukan kerajaan perpaduan yang mengekalkan unsur dinamik dalam masyarakat.

Zairudin berkata selain menubuhkan suatu kerajaan yang stabil, Malaysia juga memerlukan parti pembangkang yang kuat memastikan penyeliaan dan keseimbangan wujud. Dalam perkara takbir urus, ketelusan dan integriti dipertingkatkan dalam proses semak dan imbang.

Syazana : Inilah pasukan saya dan majikan Cina yang terbaik

Syazana: Pengalaman berkerja dengan Cina baik, takut mulanya

Dalam Facebooknya, Syazana cerita pengalaman bekerja dengan kaum Cina dimana beliau takut pada mulanya.

Disini ialah tulisan Syazana dalam Facebook: Bangsa Cina Yang Menakutkan. Betul ke?

Kira kira 2 tahun lalu saya telah di “approach oleh seorang lelaki yang berbangsa Cina di Linked In. Pada mulanya saya agak takut, kerana “growing up” saya jarang sekali berkawan dengan berlainan bangsa. Ketika itu saya tinggal di Bangi, Pejabat di Damansara. Douglas, lelaki berbangsa Cina ini mengajak saya berjumpa di Petaling Jaya. Saya menolak, saya kata kalau nak interview boleh tapi online. Dia setuju. Fast foward saya diterima kerja.

Hari pertama saya ke office, alangkah terkejutnya saya kerana tidak disediakan surau. Alah. Kita kan melayu. Solat mesti lah kat surau kan? So saya tanya boss saya yang berbangsa cina ini , “dekat mana I boleh solat zohor ya?” Oh dekat office ni you boleh solat dekat mana mana, meeting room boleh, if youre not comfortable you can pray in my room.

Dalam hati saya, biar betul?? Ya betul. Ada beberapa kali apabila meeting room digunakan, saya memang solat di bilik boss saya. Of course saya dah bawa sejadah dan telekung siap siap 😊 Masa tu betul betul muhassabah, bagaimana seorang boss mengajar saya secara indirectly solat bukan dekat surau je, mana mana pun boleh solat kalau tempat tu bersih kan?

DrDira hantar gambar ke Twitter menunjukkan kawan-kawan pelbagai bangsa menghadiri perkahwinan kawan India.

Kebetulan hari pertama bekerja, saya puasa sunat. Jadi journey ke PJ dan Bangi mengambil masa satu jam.. kalau jammed boleh jadi 2 jam. Douglas tahu saya puasa, sebab waktu tengah hari Douglas nak belanja saya makan, saya terpaksa tolak. Jadi sebelum pulang, Douglas datang ke meja saya bagi mamee dan cokelat kata nya bekalan untuk berbuka. Waktu tu hati saya tersentuh yang teramat amat.. pertama kerana doa saya untuk berjumpa boss yang baik diperkenankan kedua pengalaman saya bersama boss berbangsa cina tidak lah seperti yang diwar war kan dalam sosial media.

Saban hari berlalu.. rakan sepejabat yang berbangsa Cina begitu menghormati ketika saya solat semua diam.. dah lama sikit saya solat tengah tengah pejabat 😆 tapi mereka ok tak pernah sekali pun merungut. Azan di telefon saya tidak pernah ditegur bising. Setiap kali ada makan makan pastinya keutamaan HALAL untuk kami yang minority, walaupun makan sambutan tahun baru cina.

Setiap kali meeting, sesiapa yang bercakap bahasa cina pasti akan meminta maaf pada saya dan kembali cakap dalam bahasa inggeris. Team ini adalah team terbaik yang pernah saya alami selama saya bekerja semenjak 7 tahun lepas. Douglas ada boss terbaik yang pernah saya ada. Begitu juga team kami yang tak pernah cakap belakang bersama each other, itu yang saya belajar bila bekerja bersama bangsa cina. Kalau tak betul tegur direct, bukan cakap belakang gossip.

Dengan keadaan sekarang dimomokkan dengan keterbukaan takut dengan bangsa cina, saya bersyukur berjumpa dengan bangsa Cina yang sentiasa mahukan yang terbaik sesama kita. Tidak mengenal agama, bangsa dan warna kulit. Mungkin kerana pengalaman pengalaman ini.. “cubit peha kiri, peha kanan terasa” bila orang menakut nakut kan saya dengan bangsa Cina yang kononnya begitu jahat dan kejam.

“Jangan biar tangan tangan yang bersembunyi mainkan semula isu warna, bangsa dan agama sebagai modal politik untuk bertahan dalam kekuasaan.”

Puteri : Saya kongsi berita baik dan derita saya dengan Aunty Devi.

Puteri: Pengasuh India macam ibu

Netizen Puteri N. Balqis memperkenalkan pengasuhnya, Aunty Devi, di Twitter. Devi digelar nanny oleh Puteri. Bagi Puteri, nanny seperti seorang ibu yang penyayang.

Devi telah bekerja sebagai pembantu rumah dalam keluarganya selama 30 tahun. Semasa Puteri dilahirkan, Devi dan bapa Puteri menunggu di luar bilik bersalin. Devi memainkan peranan penting sepanjang masa bagi Puteri. setiap kali Puteri habis sekolah, Devi akan menghidangkan makanan dan sembang dengan Puteri tentang sekolah. Devi juga sering memberi peringatan kepada Puteri tentang pakaiannya.

“Semasa Deepavali, nanny juga akan menghantar banyak murukku buatan sendiri, dan kemudian menjemput kami ke rumahnya untuk menikmati makan kari kambing yang lazat.

“Apabila dia memotong rambut saya, saya berbaring di atas lututnya; Berita bagus ataupun kisah sedih, nanny lah orang yang saya luahkan perasaan,” kata Puteri.

Puteri berkata, sekeluarganya tidak berasa terancam dengan kehadiran kaum lain di dalam rumah. Sebaliknya mereka saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.

Walaupun pengasuh itu telah berpindah ke kampung bersama anak dan cucunya, Puteri masih melawatnya dari semasa ke semasa.

“Kita perlu cinta negara kita dan masyarakat dinamik yang kita berada sekarang. Saya tidak mahu hidup dalam sebuah negara yang penuh dengan perasaan dengki dan benci. Kita jauh daripada situasi sedemikian dan boleh lebih maju lagi,” kata Puteri.

#weareoneMalaysia #malaysiabersama #noracism #kitakawan

Akram Yusoh berkata : Apa jadi kepada Malaysia lepas 13 Mei ? Jawapannya, semua belajar menentang perkauman dan hidup bersama sebagai rakyat Malaysia. Inilah keluarga ku !! Ada Cina, Melayu, India.. dari Borneo pun ada!!

Sila klik ke artikel asli berbahasa Mandarin.

ADVERTISEMENT

#KitaKawan

ADVERTISEMENT

1 yr ago

Read More

ADVERTISEMENT